Virus umno dah menular

>> Saturday, June 6, 2009

Ini berita tak rasmi yang disiarkan oleh Lagi Berita

Aku tak heran sikit pun dengan berita tu sebab memang ramai yang dah boleh agak HM mesti menang punya.

Tup tup.... dah lain cerita pulak. Malas aku nak pikiaq dah.

Boleh caya ke tak ni?

Dah macam pemilihan umno pulak Muktamar kali ni. Ada black out tiba-tiba tak masa kira undi. Setakat kira undi dalam 1000, takkan berjam-jam sedangkan kita semua tahu set-set PAS ni memang specialist dalam pilihanraya. Prediction diaorg hampir tepat... keputusan tak rasmi set-set ni biasanya dah boleh dikatakan sebagai rasmi.

Tapi tak kali ni... boleh jalan la. Apa punya turrr.....

Read more...

Sentimental Value Kapcai

Dah hampir 6 tahun kapcai Honda C90 aku tu tersadai tepi rumah. Pernah tahun lepas aku ganti minyak enjin, bateri,spark plug etc...tapi dsebabkan masih jugak tak boleh start, aku biarkan jer motor tu kat situ berhujan berpanas...

Pakcik Hassan yang duduk depan rumah dulu pernah mintak nak beli RM500 tapi aku tak nak jual. Alasan aku "Motor tu arwah bapak belikan masa aku belajar kat UM dulu sebelum pi Jepun".

Uisshhhh....sentimental value tu beb. Banyak jasa motor tu masa aku belajar. Dok pi dating ke Jaya Super Seksyen 14 PJ dengan wife aku la ni la. Dah runtuh dah pun Jaya Super tu. Balik dari Jepun, sempat jugak la dok berulang pi kerja kat kilang kat Senawang tu naik kapcai tu dalam setahun dua.

Tup tup....disebabkan tempat kerja aku yang baru ni kat Plaza Sentral, ini lah peluang aku pi kerja naik komuter dari Seremban. Jadi, dari rumah ke stesen komuter tu aku akan naik kapcai tu. Kalau aku park Kawasaki aku tu...alamatnya masuk angin keluar asap la. Confirm takde kat parking lot tu masa balik kerja.

Motor tu aku hantar ke mekanik hari Selasa...semalam dah siap. OTR RM550. Macam-macam tukaq.Untung enjin masih OK. Maklumlah HONDA. 10 tahun tak start pun adjust sikit-sikit boleh la nanti. Carburator hancur. Kena ganti baru. Hantar ke PUSPAKOM, 2 kali kena reject. Last-last OK. Insurance company pun nak tak nak je insure motor tu pasal usia dah 20 tahun.

Superbike aku kat rumah ni dah ada adik la macamni...

Read more...

Cek Tendang Kerajaan

>> Friday, June 5, 2009

Pulangkan 'cek tendang' LHDN

KUALA LUMPUR - Jika anda ada menerima cek bayaran balik cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), jangan terlalu cepat gembira.

Ini kerana ia mungkin tergolong dalam cek yang ditarik balik oleh LHDN serta disekat pembayarannya oleh pihak bank atas apa yang didakwa sebagai masalah teknikal.

Pegawai Perhubungan Awam LHDN, Najlah Ishak dalam kenyataannya di sini semalam menjelaskan, cek-cek yang bermasalah itu dikeluarkan pada 27, 28 dan 29 Mei 2009 serta yang bertarikh 1 dan 2 Jun 2009. more



komen - Aku tak mau komen pasal kualiti perkhidmatan kerajaan kepada rakyat. Walaupun aku akui LHDN sebagai contoh, di beberapa cawangan LHDN (Seremban contohnya)... layanan sesetengah pegawai mereka agak memuaskan hati berbanding beberapa tahun dulu. Ada piagam pelanggan ke.

Pasal cek tendang pulak..kalau kita yang issue atas kesilapan teknikal dari kita ...mesti ada tindakan yang di kenakan pada. Kenapa??? tak percayer ker....cuba la...



By the way....mana cek aku dari LHDN tak sampai-sampai lagi ni. RM2500 terlebih bayar tu beb!!!!!!

Read more...

Soro soro @ Tak lama lagi dah...

そろそろ @ soro soro @ tak lama lagi aku akan mula bekerja semula selepas hampir 2 bulan me"rehat"kan diri dari alam pekerjaan aku sebelum ni yang menyiksakan mental aku.

Kelmarin, lepas ke office baru untuk urusan intake, aku singgah ke tempat kerja lama aku. Jumpa couple of friends yang memang rapat dengan aku. Bukan tak nak jumpa yang lain tapi masa agak suntuk sebab aku kena berkejar ke klinik kakak di TTDI Jaya, Shah Alam. Nak pergi ambil laptop SONY VAIO aku. Rindu gile kat laptop tu sebab memang best. Beli masa pi Japan last year.

Jumpa kawan lama memang best. Habis semua cerita lama dan gossip terkini kat office tu terkeluar. Hehehehe... Aku pun sempat jugak la cerita pasal company yang aku baru join ni pada kawan-kawan. Berminat nampak.......huhuhuhuh...

すっげ疲れたけど楽しい一日だった。

Read more...

Akhil Hayy Waheeda Berhubungan? Siri 2

>> Wednesday, June 3, 2009

Isu ni sekarang dah masuk episod see you in court.

Kelmarin sewaktu ditemubual olwh wartawan di mahkamah syariah, Akhil sempat komen sinis. Katanya "Kalau sesiapa ada masalah boleh adu pada stesen TV." Bro kita ni bukan setakat pandai berdakwah, bernasyid tapi pandai juga ber "perli".

Akhil turut mengatakan yang kredibiliti dia sebagai pendakwah dah terjejas. Ermmm....yang ni aku tak pasti kebenarannya. Maksud aku dari segi terjejas nya kredibiliti dia sebagai pendakwah disebabkan isu ni atau sebelum ni lagi.

Menurut aku, yang sememangnya cukup suka dengan cara Akhil berceramah, aku dah mula kurengggg sikit dengan dia sejak dia mengurangkan aktiviti ceramah atas pentas PAS, majlis anjuran korporat, surau-surau dan sebaliknya bergiat ceria dalam ASTRO. Walaupun mungkin menurut Akhil itu adalah cara yang terbaik untuk dia lebih mendekati golongan remaja sekarang yang memang dah dalam keadaan tenat, aku sama sekali beranggapan dia akan kena jugak tempias...nah!!! kan betoi apa aku dok rasa selama ni.

Aku tak mau la nak komen siapa betui siapa salah. Dan bagi aku itu tak penting pun. Cuma aku ralat sangat sebab kita mungkin akan kehilangan seorang penceramah yang begitu dekat dengan remaja. Dah susah nak dengar celoteh dan nyanyian Hindi dari Akhil. Bukan senang nak cari satu individu yang ada aura klik dengan remaja macam Akhil ni.

Takkan kita nak harap kat kutu haprak Azeez Rempit ni. Setakat bawak budak-budak rempit tu pi terjun payung boleh la.

Kahwin je lah Akhil oiii dengan Waheeda tu. Dari berdua tapi mesra. Untuk isteri Akhil pulak, it is all up to you. The damage has been done. Rezeki tu dari Allah. Yang penting usaha...sekarang ni pun aku tengok dah macam selebriti dah isteri Akhil ni. Confirm cover page majalah Muslimah dan fesyen busana muslim.

Read more...

About This Blog

Aku menulis apa aku nak. Aku menulis apa yang aku rasa. Betul atau salah ikut persepsi masing-masing.

人間はそれぞれ違います。話す前ちゃんと考えてから話すこと。

Apa skali pun, bil Streamyx aku bayar tiap bulan. Aku punya suka。。。。。。。。。。。。。。

Join

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP