Jdorama @ Drama Jepun

>> Monday, June 1, 2009

Dulu dulu...dah lama...hampir 17 tahun dulu, aku mula jadi ketagih. Bukan ketagih dadah. Tolong sikit. Ketagih tengok drama Jepun. Orang sekarang cakap jdorama.

Selain dari pergaulan harian dengan rakan sekuliah, tengok drama Jepun banyak membantu aku dalam menguasai bahasa negara matahari terbit tu. Senior-senior aku...kami panggil "senpai", yang banyak pengaruhi aku masa tu.

Aku ingat lagi, masa aku sampai, salah sebuah drama yang kami anggap legend..."Tokyo Love Story" baru selesai. Memang 1 Jepun asyik dok bercerita hal drama tu.

Selepas tu, macam-macam drama yang best-best aku ikut. Beautiful Life, Love Generation dan beberapa lagi telah menaikkan nama Kimura Takuya @ Kimutaku. Siapa tak kenal dia kat Jepun ni.
Selepas habis belajar dan balik ke Malaysia, aku dan wife (wife pun study sana dulu)... still dok follow drama Jepun. Bagi aku drama Jepun ni (hampir keseluruhannya) lebih sesuai di tonton dari drama Melayu sebab hampir semuanya tiada unsur gejala yang merosakkan remaja seperti rempit, bohsia, seks bebas etc. Tiada dedah sana sini seperti filem dan drama Melayu kebelakangan ni. Mesej yang bagus seperti hubungan sesama manusia. Pengorbanan ibubapa pada keluarga, anak kepada ayah, kekasih kepada kekasih, sahabat pada sahabat etc.

Hangpa cuba lah tengok Beautiful Life, 1 Litre of Tears, Bara no nai hanaya etc. Aku boleh gerenti korang tangkap nangis. Kalau hangpa tak nangis pun, airmata mesti bergenang kat kelopak. Semua mesej yang aku tulis kat atas tudi susun dengan rapi dan di sampaikan dengan begitu berkesan oleh para pelakon.

Lepas ni nanti aku akan buat few postings untuk rekemen beberapa jdorama untuk korang download dan tonton. Boleh tengok dengan family, dengan anak-anak.

0 comments:

About This Blog

Aku menulis apa aku nak. Aku menulis apa yang aku rasa. Betul atau salah ikut persepsi masing-masing.

人間はそれぞれ違います。話す前ちゃんと考えてから話すこと。

Apa skali pun, bil Streamyx aku bayar tiap bulan. Aku punya suka。。。。。。。。。。。。。。

Join

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP