PKR kekal kerusi Penanti, majoriti 5,558

>> Sunday, May 31, 2009

KEPUTUSAN RASMI Calon PKR, Mansor Othman memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi. Beliau menang dengan majoriti 5,558 undi.

Manakala tiga calon bebas - Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Kesemua mereka hilang wang deposit RM5,000. more

komen - Pilihanraya paling aman!!!! Polis pun tumpang seronok. Tak payah dok tanya pasai apa....1 Malaysia tauuuuu.

Read more...

Coretan 3 - Trip to Johor

Maid Indonesia vs Pembantu Rumah Tempatan

Kemarin, hari Sabtu, aku sekeluarga dan di temani mak yang menziarah kami dari Shah Alam bertolak ke Ayer Hitam, Johor. Mission utama kami ialah untuk menjemput pembantu rmah kami yang baru. Masuk kali ni yang ke-9...dalam masa 10 tahun!!! Purata 1 orang setahun.

Selama ni kami guna maid Indonesia. Guna agen. Macam-macam hal. Yang paling lama dengan kami 4 tahun. Yang tu memang OK walaupun seperti biasa, ada beberapa perkara yang kami tak senang tapi kami buat tak tau. Mana nak cari yang 100% perfect dalam dunia ni.

Yang lain-lain tu pulak, ada yang balik lepas habis contract 2 tahun. Kira ok lah. Ada jugak yang "kabur" ikut mat indon. Macam-macam ada.

Pendek kata, bukan senang nak guna maid ni. Macam-macam pe'el. Sekarang ni, nak ambil maid, hangpa kena sediakan at least RM6k. Gila apa!!! Mana nak korek duit banyak macam tu tiap 2 tahun. Yang kenyang, orang tengah agen.... baik punya bisnes. Tu belum kira agen yang ada komplot dengan maid yang dia supply kat kita. Itu citer lain kali aku post.

Pembantu kali ni orang Johor. Pak Tam aku tolong carikan dengan bantuan kawan baik dia kat sana Md. Nor. Semalam aku jumpa brader Md. Nor. Memang sempoi brader ni. Banyak info pasal bisnes asas tani dari dia. Ini pun nanti aku posting lain...

Pembantu kali ni orang susah jugak la tapi buka la susah sangat. Susah cara orang kampung. Dari cara dia, insyaAllah ok. Kami pi rumah keluarga dia. Bawak buah tangan daging salai beli kat Pasar Tani kat rumah sebelum bertolak pagi tu. Keluarga dia pun, nampak ok. Sebelum kami bertlak dari rumah dia tu, emak dia bagi cili api hasil belakang rumah dengan nenas. Alhamdulillah. Kami pun huloq la sikit kat emak dia tu buat belanja dapur.

Dari situ, kami ke jenguk kambing. Aku kongsi bisnes kambing ni dengan kakak aku dan adik. 3 orang. Pak menakan aku tolong seliakan. Dapat lah jugak dia jadikan slah satu dari sumber pendapatan keluarga dia. Dia pun buka orang senang. Livestock ada lah dalam 70 ekor. Gambar-gambar kambing tu aku buat slideshow kat side bar kanan blog ni.

Ni gambaq anak kambing yang kebetulan baru je lahir waktu kami sampai kemarin. Uri kat dalam kandang lagi.


Selepas tu aku pi jenguk dusun yang aku beli kongsi dengan kakak aku. Tak jauh dari tempat kami bela kambing. Tahun ni durian lebat. Alhamdulillah. InsyaAllah, bulan 7 nanti boleh la merasa. Buah tahun lepas, sebiji pun aku tak dapat peluang merasa. Terlalu sibuk dengan kerja. Nak curi-curi masa balik pun tak boleh. Tahun ni harap-harap ok la.

Kat bawah ni few shots gambaq dusun.




Bertolak balik dari Ayer Hitam pukul 5 petang. Sebelum masuk highway, sempat beli kerepek sikit buat stok kat rumah. Maklum je la....cuti sekolah ni. Stok makanan kena standby kat rumah.

Few shots....

Isteri dan mak aku. Snap kat Marry Brown Ayer HItam. Singgah beli ayam goreng untuk anak-anak Pak Tam.
Putera and pu3s (puteris)...bukan putera puteri umNo haaaa....tolong sikit!!!



Jamak Zuhur dan Asar di Surau R&R Ayer Keroh...
Sampai Senawang dekat pukul 8 malam. Semua penat. Tapi aku dengan wife sempat layan drama Jepun 2 episod sebelum tidoq. Serius penat....

Read more...

Keputusan PRK Penanti

Keputusan 8.30 malam

Keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti akan diketahui selewat-lewatnya jam 8.30 malam.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof, berkata demikian pada sidang media di sini.

Dalam perkembangan berkaitan Umno Pulau Pinang hari ini menafikan dakwaan kononnya parti itu mengarahkan 5,000 anggotanya tidak keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti esok.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Zainal Abidin Osman, berkata parti itu tidak pernah memaksa anggotanya tidak mengundi kerana Barisan Nasional (BN) tidak bertanding pada pilihan raya itu.

"Kita tidak pernah paksa supaya mereka tidak pergi mengundi. Terpulanglah kepada kebijaksanaan mereka untuk membuat keputusan," katanya ketika dihubungi hari ini.

- KLpos

untuk live update dari Penanti by ABO
komen - ada sesapa nampak bapak Altantuya bersama rombongan 25 orang?

Read more...

Update - Jaya Supermarket Runtuh 30th Mei

>> Saturday, May 30, 2009

Kesemua 7 Mayat Ditemui

Kesemua tujuh mayat pekerja yang terbunuh selepas terperangkap dalam runtuhan bangunan lama Pasaraya Jaya, di Seksyen 14, Petaling jaya, telah ditemui.

Ketua Polis Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata tiga lagi mayat dikeluarkan hari ini.

Bagaimanapun, dua mayat terakhir yang dtemui hari ini tidak dapat dikenalpasti.

Sehubungan itu, pihak polis akan mendapatkan bantuan Kedutaan Indonesia untuk mengenalpasti mereka melalui identifikasi DNA...more

Read more...

Jaya Supermarket Seksyen 14 PJ Runtuh

>> Thursday, May 28, 2009
































Jaya Supermarket collapses, workers trapped (Update)

PETALING JAYA: Search and rescue operations are underway at the site of the landmark Jaya Supermarket here after demolition operations went awry Thursday afternoon...more

komen: Ini tempat aku dok bawak awek (isteri tercinta aku sekarang) masa kami sama-sama belajar kat UM dulu. Cerita lama...hampir 20 tahun dulu.

Habis dari dating kat situ, kami pi makan-makan kat maple benteng dekat-dekat area tu.
Sampai la ni maple tu dok ada lagi. Dok kotoq macam tu la jugak....


Read more...

Pengantin Tambak Jalan RM3000















SETIU - Pada waktu gadis lain yang akan melangsungkan perkahwinan sibuk membuat persiapan diri untuk majlis bersejarah mereka, lain pula kisahnya seorang bakal pengantin di sini terpaksa mengeluarkan belanja menambak jalan berlopak sepanjang 300 meter menghala ke rumahnya.

Lebih mengharukan, Noraini Ibrahim, 27, terpaksa menebalkan muka meminta pendahuluan RM3,000 daripada wang hantaran berjumlah RM5,000 daripada bakal suaminya untuk membiayai kos menambak jalan ke rumah keluarganya di Kampung Fikri, di sini.

Dia kini mengejar masa kerana kerja menambak jalan itu perlu siap sebelum majlis perkahwinan berlangsung pada 6 Jun ini.

Pengorbanan itu terpaksa dilakukan selepas dia mendakwa sudah banyak aduan dibuat kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sejak beberapa tahun lalu untuk membaiki jalan itu tetapi ia umpama 'masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.'

Akhirnya, anak kelima daripada sembilan beradik itu nekad berusaha sendiri membaiki jalan itu kerana tidak mahu menyusahkan kira-kira 5,000 jemputan majlis perkahwinannya.

"Saya anak perempuan bongsu, jadi emak mahu lihat saya berkahwin di rumah ini.more



komen: Turut simpati sebab dia ni ada perasaan. Nasib baik tak bukak tender. Kalau dapat kat Khir Toyo, ntah berapa juta lah kos ni agaknya. Klik sini untuk lihat kos Khir Toyo.

Read more...

Champions League Final 2008/2009

>> Wednesday, May 27, 2009


Aku bukan hardcore fan Barca maupun MU. Walau macam manapun, Kalau di suruh buat pilihan, aku sokong Barca. Sobab eh....sobab ado Messi. Mamat ni patutnya dapat FIFA Footbaler of the Year. Sports journalist tu ramai perempuan agaknya. Bukan Ronaldo yang kaki kangkang bola. Skil Messi berlipat kali ganda lebih bagus dari skil budak Portugis tu.
Untuk record, aku punya all time favourite team ialah team Perak "Kejor Yob Kejor" waktu zaman aku lepas SPM dulu. Malaysian Alltime Best Midfielder... Azizul Abu Hanafiah. Kat mana la yob ni skarang.

Bolasepak Malaysia sekarang ni.... baik aku pi tengok budak main gasing kat depan surau Taman aku lagi baguih.

Aku predict Barca 2 - Man Utd 0. Pukui 2:15 pagi, aku bergerak dengan Kawa aku pi kedai mamak kat Taman Kemuning. Ada big screen... budak bujang sebelah rumah ajak petang tadi.

Tengok ler dulu...kalau aku tak tido!!!!

Read more...

15 minit bayar tol terlalu lama - Menteri...Aikkkk baru nak tau???

...Shaziman yang memandu sendiri kereta Proton Perdana V6 dalam kempen turun padang, mengikuti barisan sepanjang 100 meter di plaza tol itu pada pukul 8.45 pagi, hanya dapat melepasi kaunter tol 15 minit kemudian.

"Barisan saya tak sampai 100 meter, itupun sudah kena tunggu hingga 15 minit tetapi kalau sampai satu kilometer pasti pengguna menunggu satu jam, bayangkan berapa banyak masa dibazirkan,'' ujarnya kepada pemberita semalam. more

komen - 15 minit tunggu kat queue dalam kereta bukan perkara baru Pak Menteri oi. Ni dah bertahun-tahun punya kes. Ada ka hang tanya kat Pak Menteri yang in-charge sebelum ni apa yang telah atau sedang atau akan dilaksanakan oleh kera jaan yang kunun nya perihatin pada rakyat.

Apa taklimat yang telah di berikan selain daripada kemungkinan info tentang lubuk-lubuk moollah dalam kementerian tu untuk hang follow up bagi mempastikan kelancaran perkhidmatan semasa handover?

Selama ni hang pi kerja naik apa? Lalu ikut mana? Pi kerja pukui berapa? Balik kerja pukui berapa?

Jangan nak meroyan la pasai tol ni lagi dah. Jangan di ikut perangai Toyol pemikir yang nyanyuk tu. Jangan jadi sengal la. Time-time ni memang semua pakat bagi pendapat...turun padang kunun. Hangpa takut dengan KPI ka? KPI hang yang paling baguih ialah KPI yang indeks nya dinilaikan oleh rakyat. Ada paham???

Yang rakyat mahukan ialah penghapusan tol dan penurunan harga minyak la . Apa punya turrrrrr!!!!

Read more...

Coretan 2 - 1MALAYSIAN STANDARD

>> Tuesday, May 26, 2009

Pagi-pagi lagi dah bangun nak sebab anak hantar wife ke KLIA. Bos dia dah janji jumpa pukul 8 sebab dia ajak breakfast sama. Nak kena sampai paling lewat pun pukul 7:50. Pengalam selama 5 tahun di negara matahari terbit dulu masa student banyak mengajar kami berdua suami isteri tentang masa…tentang janji. Aku memang pantang orang yang tak tepati masa dan janji. Pantang tok nenek aku.

Balik dari KLIA, singgah rumah ambil anak lelaki aku yang bongsu tu ajak dia teman aku ke PERODUA Service Bukit Mas Seremban. Dia tak ke tadika hari ni sebab tak berapa sihat…katanya lah. Alasan je la tuuu… Camaner pun boleh la jugak dia temankan aku. Kalau tak boring jugak sorang-sorang. Sampai PERODUA pukul 9:15. Sekarang dah pukul 10:30. Kereta aku masih jugak kat parking space waktu aku mula-mula sampai tadi. Asap dah nak keluar dah rasanya dari telinga aku ni…..

Aku tengok kat belakang main customer service counter tu, ada board tulis..”1JAM SUPERSERVIS. KERETA ANDA DISERVIS DALAM 1 JAM ATAU IANYA PERCUMA”. Aku tak tau apa cerita ni. Ingat nak snap gambar board tu tapi tak bawak camera la pulak.

Kebetulan pulak start pukul 9 tadi bekalan letrik terputus di kawasan sekitar sini. Tapi bila tanya staf, servis OK. Takde apa-apa. Running as normal.Panas beb!!!!! Sambil-sambil tu aku coret apa yang patut.

Aisehmen….bateri laptop nak habis…nak charge tak boleh sebab letrik takde.

1Malaysia punya standard. Apa punya turrrrrrrr

Read more...

Ibrahim Ali Biadap!!

... Datuk Ibrahim Ali dalam nada yang sinis berkata, pihak terlibat hanya mahu mencari publisiti murahan dan berharap pihak media tidak memberi ruang kepada mereka.

Beliau yang kesal dengan tindakan tersebut berkata, tindakan pakatan pembangkang itu hanya akan mencemarkan imej negara.

"Kita mengalu-alukan tindakan mereka. Tetapi jika mereka mahu buat mogok lapar, pastikan mereka buat sampai mati. Nanti kita akan tabur bunga kepada mereka sebagai pahlawan demokrasi," jelasnya dalam kenyataan di sini hari ini.utusan

komen- kenyataan biadap dari mangkuk ayun soghang ni.
Memang susah nak paham mentality seseorang lebih-lebih lagi bila “manusia” tu sering melompat ke sana sini untuk kepentingan tembolok dia.


Dah lupa ke dia pada waktu-waktu dia menenggek kat tangga sampai Tuan Guru ajak jemput "naik ke rumah".



Dah lupa ke dia pada fakta-fakta yang sohih yang semua orang tau dia tu bergelar MP sebab undi orang kawasan dia bertanding tu bukan di sebabkan ketokohan individu dia tu yang sememangnya “haprak” tapi hampir keseluruhannya disebabkan oleh faktor Tuan Guru dan “badge” yang dia wakili.



Dah lupa ke si haprak ni yang dia tu dah di haramkan langsung oleh golongan gerombolan dari masuk gerombolan? Masih mengharap mungkin…Nampak gaya nya macam ada can tapi aku rasa gerombolan tak bayar juta-juta macam gerombolan bayar pada katak-katak Perak. Abih-abih pun bagi rokok sekatun lompatlah dia. Itu saja nilai harga diri manusia bernama Berahim Ali ni.



Wahai Ibrahim Ali,

At least di takdirkan yang mogok di Perak tu mati mereka akan terus di ingati sebagai pejuang dan di taburkan bunga . Bukan macam kau yang di takdirkan kau mampus, kubur kau akan di kencing siang malam!!!

Read more...

Coretan 1

Susah betul nak lelap mata malam ni. Semenjak dua menjak tak bekerja ni, memang selalu tidoq lambat. Tapi malam ni, lain sikit. MAcam-macam la pulak yang aku fikir. Sebenarnya dari siang tadi lagi dah tak senang. Gelisah semacam.

Siang taid aku dok menunggu call dari satu MNC kat Plaza Sentral yang aku pi interview minggu lepas. Mana la tau rezeki aku shortlisted. Tapi senyap jerrr... Takde rezki la tu. Nak buat lagu mana lagi. Bukan aku tak usaha cari kerja, dah banyak jugak tempat dah. Selepas solat pun, mesti aku doa agar Allah berikan aku kerja yang sesuai dgn aku dan keluarga. Dah tak nak kerja macam tempat sebelum ni.

Kalau hangpa dengaq nama company aku kerja dulu, memang dasyat.Seantero dunia kenai. Gaji alhamduillah. Nak kata besaq tu tak tapi cukup la anak-beranak. Lagi pun isteri aku pun bekerja jugak. Yang tak tahan kerja kat sana.....hari Ahad lepas Maghrib, aku dah kena start buat report untuk submit ke Japan HQ di Tokyo. Kena pull data dari server di New York dulu. Report pulak belambak. Biasa nya sampai pagi buta aku prepare. Pastu, tidoq sat. Bangun terus siap pi ofis.

Hari-hari lain pulak, balik kerja sampai rumah dah dekat tengah malam. Anak-anak semua dah tidoq pasai esok depa pi sekolah.Badan aku makin lama makin lemah. Otak makin letih. Last-last pas bincang dengan wife aku ambil keputusan yang drastik....RESIGN!!! Tapi aku mintak jugak la restu dari Mak aku. Takut kalau orang tua tak restu, susah nanti.

So, sekarang ni dalam proses cari kerja. Harap-harap dengan usaha dan doa dari famili, dalam masa terdekat ni dapat la kerja. Banyak jugak bill nak bayaq ni. Doa tak putus.

Esok pagi-pagi nak pi hantar isteri aku pi KLIA. Dia ada meeting kat Kuching. Habis meeting terus balik sini balik. Nasib baik la dia ada. Kalau tak haru jugak...Aku pulak sememtara ni, jadi house-husband la.

Aku percaya Allah mendengar doa aku. Ini semua akan aku hadapi sebagai salah satu cabaran dan dugaan kehidupan. Cuma aku dan isteri saja yang mengerti. Anak-anak masih tak begitu paham. Yang sulung umur 11 tahun tu mungkin la... dia dah makin matang.

Ya Allah. Kuatkan lah semangat kami dan murahkan rezki kami. InsyaAllah.

Read more...

Akhil Hayy Waheeda Berhubungan?

>> Monday, May 25, 2009


KUALA LUMPUR: “Ustaz (Akhil Hayy) pernah buat pengakuan mengenai hubungannya dengan penyanyi wanita itu dan meminta izin untuk berkahwin dengannya.

“Saya izinkan mereka berkahwin dan sedia menerimanya sebagai madu, namun kini saya tak tahu sama ada mereka sudah berkahwin atau belum,” kata isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, mengulas isu hubungan suaminya dengan penyanyi Norwahidah Abdul Wahab, 31, atau Waheeda yang sedang hangat diperkatakan.

Menurut Maizawati, secara peribadi dia tidak mengenali Waheeda, tetapi mengetahui gosip hubungan suaminya dengan penyanyi itu melalui media.

Menurutnya, dia tekadkan hati untuk tidak mempercayai apa yang dipaparkan di media kerana diajar untuk tidak mengambil tahu perkara seumpama itu serta meletakkan sepenuh kepercayaan kepada suami.

“Kesabaran saya sudah sampai ke penghujung apabila ustaz tidak pulang ke rumah dan anak pula terpaksa bertukar sekolah kerana menjadi mangsa perli rakan mengatakan mereka mempunyai ibu tiri,” katanya yang mempunyai enam anak hasil perkahwinan dengan Akhil Hayy.

Hati Maizawati terguris apabila Akhil tidak memaklumkan di mana dia tinggal, malah tidak memberitahu apa yang dilakukan menyebabkannya tertanya-tanyakan haknya sebagai isteri.

Menurutnya, kali terakhir suaminya pulang ke rumah Februari lalu dan selepas itu, dia hanya mengetahui perkembangannya melalui media.

“Saya tetapkan dalam hati bahawa ustaz keluar bekerja mencari rezeki untuk kami sekeluarga dan tidak pernah menyimpan prasangka buruk terhadapnya,” katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9, semalam.

Dia berkata, walaupun ada pihak terkejut dengan keputusannya mengizinkan Akhil berkahwin lagi, namun dia menganggap itu cara terbaik untuk menjaga nama baik suaminya.

Sebagai isteri, dia tidak mahu nama suami tercemar disebabkan cerita kurang enak yang menjadi buah mulut orang.

“Kerana itu saya mengizinkannya berkahwin dengan penyanyi wanita berkenaan. Saya rasa tidak salah membenarkan suami saya berkahwin lagi kerana dia mampu serta boleh berlaku adil.

“Tambahan pula, ia langkah terbaik untuk menyelamatkan mereka daripada melakukan perkara tidak elok.

“Bagaimanapun, sehingga kini, saya tak tahu apa yang terjadi kerana tidak dimaklumkan apa-apa. Mungkin pihak di sana (Waheeda) tidak sudi menerima saya sebagai madu, jadi biarlah saya mengundur diri dan mendoakan yang terbaik untuk mereka,” katanya.

Yang membuatkannya hairan adalah sikap Waheeda bermati-matian menafikan hubungannya dengan Akhil hingga pernah membuat kenyataan media untuk menepis gosip itu.

Apapun Maizawati mengetahui apa yang berlaku dan dengan hati terbuka membenarkan suaminya mengambil Waheeda sebagai isteri.

“Tapi, saya hairan kenapa dia (Waheeda) seolah-olah enggan menerima saya sedangkan saya sudah mengizinkan dia hadir dalam keluarga kami, malah tampil membuat kenyataan dia dan suami saya tidak mempunyai hubungan,” katanya.

Menurut Maizawati, dia mengambil keputusan memohon perceraian untuk membina kehidupan baru.

“Saya sering mengingatkan anak supaya jangan ambil peduli apa orang kata. Yang penting, saya terima hakikat bahawa jodoh kami sampai sini saja dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ustaz dan wanita itu,” katanya.

Harian Metro cuba mendapatkan reaksi Akhil, namun dia gagal dihubungi.

Waheeda pula enggan mengulas apabila dihubungi satu laman berita online.
hmetro

demam- Dulu sebelum Akhil re-join dunia glamour artis ni, ramai dah berpesan. Ingat mengingatkan. Jaga sheikh jagaaaaaa... Tu dia!!! Kan dah kena tempias. Alahyarham bapak aku selalu ingatkan aku dulu, "Kalau kita berkawan dengan tukang besi, sedikit sebanyak kita pun akan terasa bahang"

Read more...

Keputusan Mahkamah Rayuan diatur?

>> Saturday, May 23, 2009

Posting saya tiga hari lalu telah 'meramalkan' Mahkamah Rayuan akan memihak kepada Zambry dan ia menjadi kenyataan hari ini.

Ia sebenarnya bukan ramalan tetapi maklumat. Maklumat selanjutnya ialah pembubaran DUN Perak dalam masa terdekat, selepas Mesyuarat Majlis BN sekali lagi Isnin atau Selasa ini.

Isu di sini ialah, jika maklumat ini terbukti tepat, adakah ujud unsur 'pre-arranged' dalam keputusan ini? Ia bukan tugas kita semua untuk membuktikannya tetapi ia tugas pihak berkuasa. Sudah tentu kita tidak dapat mengharapkan apa-apa pada hari ini.

Keputusan ini memberi kesan besar. Baik di Parlimen mahu pun di DUN yang lain, Agung atau Sultan boleh melantik PM atau MB yang baru tanpa PM atau MB berkenaan terlebih dahulu dilucutkan jawatan mereka melalui usul undi tidak percaya.

Adakah negara kita sudah bersedia menerima hakikat kemungkinan perubahan teraju kepimpinan melalui proses tabung uji di luar rahim iatu Dewan Rakyat atau DUN seperti yang difahami sebelum ini? Khususnya Najib, sudahkah bersedia untuk Ahli Dewan Rakyat mengumpulkan senarai bahawa mereka sudah hilang kepercayaan kepada beliau dan Agung boleh dengan itu melantik PM yang baru tanpa proses Dewan Rakyat?

Tiga atau lima atu tujuh hakim yang bersidang, bukan lagi ukuran untuk rakyat yakin dengan integriti dan kebebasan kehakiman kita, melainkan keputusan mereka yang dilihat wajar. Apa lagi keputusan Mahkamah ke atas krisis politik, memerlukan lebih ketelitian dan kebebasan.


Berbalik kepada Perak. 'Ramalan' saya seterusnya ialah, Majlis BN akan bersidang. Kemudian Zambry kononnya bersetuju menyerahkan mandat kepada rakyat dengan mengadap Sultan Perak untuk pembubaran.

Memang itu yang dihasratkan oleh PR tetapi proses mahkamah yang dianggap tidak selari dengan prinsip keadilan tetap menjadi satu medan yang tidak akan berakhir dengan pembubaran itu kelak. Pembubaran, ya. Proses undang-undang yang adil, juga ya.

From: Weblog Husam Musa I Home

Read more...

Berkasih Biar Satu... Berkawan Biar Beribu

Kena sungguh la kartun ni. Sempoi!! Macam pernah jumpa jer hakim tu...tapi di mana ya?????

Read more...

Nasi Ayam

Lunch arini, wife masak Nasi Ayam. Resipi from mak sedara yang pernah buat bisnes Nasi Ayam masa kat Ipoh dulu. Memang sedap. Ayam dia lembut...moist. Tak kering. La ni, wife dengan anak-anak semua kat dapor. Aku kat Living Room.....mentenet larrr... apalagi.

Normally, weekend memang aku akan tolong wife masak. Aku bukan nak puji diri sendiri...tapi aku ni memang terer masak wakakakakaka. Masa study kat Jepun dulu, apart dari dok belasah makan kat luar (halal punya arrrr)...memang aku rajin masak. Pernah masa pesta konvo, aku in-charge of Roti jala.

My specialities...sphagetti. Marinara dan Alfredo.Itu sphagetti Alfredo yang aku masak. Favourite anak-anak sebab depa semua suka cheese.

Adeiiiii......perut nak krukk krakkkkk krukk krakkkkk....lapor!!! Lambat sikit makan arini sebab pergi Giant Senawang dekat rumah tadi. Belanja bulan....ranap dekat RM300. Itu pun nanti kena top up lagi tu.

Read more...

Mahkamah Rayuan Verdict on Nizar vs Zambry

>> Friday, May 22, 2009



Hakim: Zambry MB sah Perak
May 22, 09 3:16pm
kemaskini 3.57pm Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.

Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Panel tiga hakim itu - yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian semalam - sebulat suara menerima rayuan Zambry.

Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.

Panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut ialah Datuk Md Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop.

Mahkamah senyap ketika penghakiman dibaca.

Nizar diwakili oleh sepasukan lapan peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah, manakala peguam Cecil Abraham mewakili Zambry.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail - sebagai pencelah - turut hadir. Manakala peguam Mohd Hafarizam Harun, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan M Reza Hassan menjadi pemerhati bagi pihak BN.

Pada 11 Mei lalu, mahkamah tinggi mengumumkan Mohamad Nizar sebagai menteri besar sah setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Abdul Aziz memutuskan bahawa wakil rakyat PAS itu tidak pernah mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN Perak.

Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Mohamad Nizar.

Tetapi kegembiraan menteri besar Pakatan Rakyat itu tidak kekal apabila Mahkamah Rayuan keesokannya membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan mahkamah tersebut.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan berhubung perkara tersebut hari ini.

Sementara itu, Sulaiman memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

Manakala sekumpulan 200 orang di luar mahkamah, kedengaran melaungkan rasa tidak puashati mereka terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini.


sumber: Malaysiakini

demampaneh: Aku dah agak dah. DUN harus juga dibubarkan demi demokrasi. Tiada maknanya berkuasa menjadi ketua rakyat sesebuah negeri jika majoriti rakyat tidak menyokong. Tapi 1Malaysia dah tahu Zambry Gandhi ni bebal sebab otak dah tepu. Banyak sangat makan minyak sapi.

Read more...

Ichiro breaks Japanese hits record

Ichiro breaks Japanese hits record
April 17th, 2009
Jim Street / MLB.com


A little more than 27 years after Isao Harimoto delivered his 3,085th career hit, Mariners right fielder Ichiro Suzuki went one better, getting his 3,086th professional hit.


http://mlb.mlb.com/news/article.jsp?ymd=20090416&content_id=4305956&vkey=news_sea&fext=.jsp&c_id=sea

demampaneh comments:
Aku dok follow perkembangan Ichiro ni dari 1st year rookie kat Orix Blue wave japan sampai la ke hari ni. Memang one of the most World's most talented baseball player. Bukan setakat boleh masuk World of Fame...dah peringkat Universe.




Read more...

Lawatan Najib ke China

Menurut Timbalan Menteri Luar, najib akan buat lawatan ke China sekitar awal bulan depan. sini

Fullamak....dah berani pi jauh-jauh nampak semenjak Obama dah kenal dia. Hati-hati sikit. China tu dah tak jauh dengan Mongolia. Kang tak pasal-pasal Mongolian Secret Service kidnap hang... 1Malaysia kecoh.

Read more...

SPR - Payung Besar Ganti Pondok Panas

>> Thursday, May 21, 2009

Reference Table To Replace 'Pondok Panas'

PUTRAJAYA, May 21 (Bernama) -- Election Commission (SPR) chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof said contesting parties can put up reference tables to replace 'pondok panas' (voter reference centres) during polling for the Penanti by-election on May 31.

He however stressed that campaigning was not allowed on polling day in accordance with Section 26(1) of the Election Offences Act 1954 approved by parliament since 2003.

"We have agreed that contesting parties can put up reference tables to check the status of voters. We only allow tables and big umbrellas. No more tents and soliciting for votes," he told Bernama here today. more

Demampaneh
Apa punya turr la SPR ni. Mentaliti longkang sisa kumbahan. Besar mana payung ko nak? PR dah ready ke payung? Kalau nak macam kat bawah ni (tukaq kaler la..jangan kaler biru loya), kena pi mintak kat pancaragam tu.




Read more...

MP3 Songs @ Lagu

Requests are most welcome

Updated on 3rd June '09

Read more...

Movies updated 05/22

Read more...

Kerja Kerja Kerja

Pagi tadi selepas solat Subuh, aku pi KL Sentral naik kereta. Plan nak push off dari rumah jam 6:30 pagi. Last-last, pukul 6:50 baru keluar gate. Tak jadi nak naik komuter sebab plan nak pi Shah Alam lepas interview.

Highway lancar. Sampai tol Sg.Besi pun OK lagi. Tapi sebaik je lepas tol tu.....amik ko!!! Jem teruk. Dah la aku bawak Viva manual. Adoiiiiii.....Nasib baik aku keluar awal. Still ada clearance.

Tengok kanan....tengok kiri....tu dia aihhh....kebanyakkan kereta semua cuma ada driver. Car pool campaign memang tak jalan la. Nak salah orang-orang tu pun tak boleh. Public transport macam celaka. Tak murah...Tak laju...Tak boleh pakai...Tak tentu arah....

At last sampai Plaza Sentral pukul 8:30 pagi. Masuk parking, minum Nescafe orang rumah bekalkan...perasap sebatang...terus naik pi ofis interview.

"Shortlisted candidate shall be notified latest by next week Monday........."

Read more...

Interview Kerja

>> Wednesday, May 20, 2009

Rabu jam 9pagi...kat KL Sentral. Tengah confuse nak pi naik kereta atau komuter. Aku plan nak pi ziarah mak di Shah Alam lepas tu.

Kalau naik komuter, dah sah sah aku nak pi Shah Alam aku kena pi naik teksi. Kalau komuter, kena turun kat Batu Tiga. Dari situ kena naik teksi pi Bukit Jelutong. KL Sentral ke Batu Tiga dah makan masa 45minit.

Memang tak efficient langsung public transport kat Malaysia ni. Mana pergi duit RM4billion yang Pak Lah spare dulu untuk improve public transport ntah la.

Terkenang masa study kat Jepun dulu. Nak pi mana-mana, ceruk kampung pun aku boleh pi naik densha...keretapi la tu.

Read more...

Si Pemikir digantung setahun

>> Tuesday, May 19, 2009

Al-kisahnya, ada seorang ahli pikir, yang baru tak sampai 2 hari ditabal menjawat jawatan tangkap muat tu, telah pun di gantung dari menghadiri sidang DUN Selangor selama 1 tahun.

Toyol pikir....Zahrah picit.....

Toyol pikir....Zahrah picit....

Toyol picit...Zahrah jerit!!!!!

Read more...

Kes Selesema Babi di Malaysia

Kementerian Kesihatan Nafi Tidak Proaktif.

Pelik aku bila Berita HAIRAN menyiarkan berita yang memang sentiasa menghairankan rakyat. Petikan

Hello orang kementerian!!! Apakah dengan tak boleh mengesan baki seramai 69 orang tu, kamu masih boleh mengatakan yang kamu tu proaktif? Ko paham ke tak maksud perkataan tu? Kalau tak paham rujuk sini. Susah mana la sangat nak cari 69 orang yang butiran mereka semua ini ada di syarikat penerbangan tu. Minggu lepas waktu ada menteri yang begnya difahamkan ada dokumen-dokumen penting dicuri, sekelip mata jer polis dapat tangkap 11 orang. Itu geng-geng penjenayah yang kita semua tahu memang takkan senang-senang jer nak ke hulu ke hilior siang-siang buta.

Contohilah kerajaan Hong Kong yang begitu cepat, tangkas dan PROACTIVE sewaktu mereka berjaya mengesan kes pertama di pulau Kung Fu tu. Habis dengan pak supir teksi pun berjaya di kesan dan dikuarantin. Itu tak termasuk mereka yang telah dikuarantin di hotel.

Patutlah service di kebanyakkan Hospital Kerajaan kita ni kadang-kadang lebih teruk dari Hospital di Zimbabwe.

Read more...

Bila nak bubar DUN?

Bagai menunggu buah yang tak gugor. Ramai dok bercakap minggu lepas kata hari Isnin kemarin DUN bubar. Jentera-jentera pun dah mula bersiap-sedia. Alih-alih senyap jer. Yang kecoh sikit walaupun macam dah dapt duga sebelum ni ialah kisah ada orang yang begitu PERIHATIN terhadap masalah ekonomi negara sehinggakan sanggup untuk tidak bertanding di PRK Penanti.

Bukan mamat tu ke yang cakap dulu ekonomi Malaysia takkan kena tempias kemelesetan ekonomi global ni? Mudah sungguh keluar kenyataan tanpa berfikir langsung. Allah dah bagi otak tapi digunakan untuk pikiaq buat benda jahat. Tak cukup pikir, dia lantik pulak Toyol pencen botox-hardcore jadi ketua pemikir di Selangor. Jahanam. Apa la mamat tu tau.
Asyik Bandung...Bandung...Bandung...

Batagor (Bakso, Tauhu Goreng) kat Bandung tu sedap wei.

Read more...

Tinta mula

Bismillahirrahmanirrahim

Mula dengan kalimah suci. Sendiri punya blog, sendiri rasmi. Tak ada minum-minum, tak ada makan-makan free. ini kira post yang first sekali. Dah pukul 2 pagi. Esok bangun, belek la lagi.

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP