Coretan 1

>> Tuesday, May 26, 2009

Susah betul nak lelap mata malam ni. Semenjak dua menjak tak bekerja ni, memang selalu tidoq lambat. Tapi malam ni, lain sikit. MAcam-macam la pulak yang aku fikir. Sebenarnya dari siang tadi lagi dah tak senang. Gelisah semacam.

Siang taid aku dok menunggu call dari satu MNC kat Plaza Sentral yang aku pi interview minggu lepas. Mana la tau rezeki aku shortlisted. Tapi senyap jerrr... Takde rezki la tu. Nak buat lagu mana lagi. Bukan aku tak usaha cari kerja, dah banyak jugak tempat dah. Selepas solat pun, mesti aku doa agar Allah berikan aku kerja yang sesuai dgn aku dan keluarga. Dah tak nak kerja macam tempat sebelum ni.

Kalau hangpa dengaq nama company aku kerja dulu, memang dasyat.Seantero dunia kenai. Gaji alhamduillah. Nak kata besaq tu tak tapi cukup la anak-beranak. Lagi pun isteri aku pun bekerja jugak. Yang tak tahan kerja kat sana.....hari Ahad lepas Maghrib, aku dah kena start buat report untuk submit ke Japan HQ di Tokyo. Kena pull data dari server di New York dulu. Report pulak belambak. Biasa nya sampai pagi buta aku prepare. Pastu, tidoq sat. Bangun terus siap pi ofis.

Hari-hari lain pulak, balik kerja sampai rumah dah dekat tengah malam. Anak-anak semua dah tidoq pasai esok depa pi sekolah.Badan aku makin lama makin lemah. Otak makin letih. Last-last pas bincang dengan wife aku ambil keputusan yang drastik....RESIGN!!! Tapi aku mintak jugak la restu dari Mak aku. Takut kalau orang tua tak restu, susah nanti.

So, sekarang ni dalam proses cari kerja. Harap-harap dengan usaha dan doa dari famili, dalam masa terdekat ni dapat la kerja. Banyak jugak bill nak bayaq ni. Doa tak putus.

Esok pagi-pagi nak pi hantar isteri aku pi KLIA. Dia ada meeting kat Kuching. Habis meeting terus balik sini balik. Nasib baik la dia ada. Kalau tak haru jugak...Aku pulak sememtara ni, jadi house-husband la.

Aku percaya Allah mendengar doa aku. Ini semua akan aku hadapi sebagai salah satu cabaran dan dugaan kehidupan. Cuma aku dan isteri saja yang mengerti. Anak-anak masih tak begitu paham. Yang sulung umur 11 tahun tu mungkin la... dia dah makin matang.

Ya Allah. Kuatkan lah semangat kami dan murahkan rezki kami. InsyaAllah.

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP