Kes Selesema Babi di Malaysia
>> Tuesday, May 19, 2009
Kementerian Kesihatan Nafi Tidak Proaktif.
Pelik aku bila Berita HAIRAN menyiarkan berita yang memang sentiasa menghairankan rakyat. Petikan
Hello orang kementerian!!! Apakah dengan tak boleh mengesan baki seramai 69 orang tu, kamu masih boleh mengatakan yang kamu tu proaktif? Ko paham ke tak maksud perkataan tu? Kalau tak paham rujuk sini. Susah mana la sangat nak cari 69 orang yang butiran mereka semua ini ada di syarikat penerbangan tu. Minggu lepas waktu ada menteri yang begnya difahamkan ada dokumen-dokumen penting dicuri, sekelip mata jer polis dapat tangkap 11 orang. Itu geng-geng penjenayah yang kita semua tahu memang takkan senang-senang jer nak ke hulu ke hilior siang-siang buta.
Contohilah kerajaan Hong Kong yang begitu cepat, tangkas dan PROACTIVE sewaktu mereka berjaya mengesan kes pertama di pulau Kung Fu tu. Habis dengan pak supir teksi pun berjaya di kesan dan dikuarantin. Itu tak termasuk mereka yang telah dikuarantin di hotel.
Patutlah service di kebanyakkan Hospital Kerajaan kita ni kadang-kadang lebih teruk dari Hospital di Zimbabwe.
0 comments:
Post a Comment