15 minit bayar tol terlalu lama - Menteri...Aikkkk baru nak tau???
>> Wednesday, May 27, 2009
...Shaziman yang memandu sendiri kereta Proton Perdana V6 dalam kempen turun padang, mengikuti barisan sepanjang 100 meter di plaza tol itu pada pukul 8.45 pagi, hanya dapat melepasi kaunter tol 15 minit kemudian.
"Barisan saya tak sampai 100 meter, itupun sudah kena tunggu hingga 15 minit tetapi kalau sampai satu kilometer pasti pengguna menunggu satu jam, bayangkan berapa banyak masa dibazirkan,'' ujarnya kepada pemberita semalam. more
komen - 15 minit tunggu kat queue dalam kereta bukan perkara baru Pak Menteri oi. Ni dah bertahun-tahun punya kes. Ada ka hang tanya kat Pak Menteri yang in-charge sebelum ni apa yang telah atau sedang atau akan dilaksanakan oleh kera jaan yang kunun nya perihatin pada rakyat.
Apa taklimat yang telah di berikan selain daripada kemungkinan info tentang lubuk-lubuk moollah dalam kementerian tu untuk hang follow up bagi mempastikan kelancaran perkhidmatan semasa handover?
Selama ni hang pi kerja naik apa? Lalu ikut mana? Pi kerja pukui berapa? Balik kerja pukui berapa?
Jangan nak meroyan la pasai tol ni lagi dah. Jangan di ikut perangai Toyol pemikir yang nyanyuk tu. Jangan jadi sengal la. Time-time ni memang semua pakat bagi pendapat...turun padang kunun. Hangpa takut dengan KPI ka? KPI hang yang paling baguih ialah KPI yang indeks nya dinilaikan oleh rakyat. Ada paham???
Yang rakyat mahukan ialah penghapusan tol dan penurunan harga minyak la . Apa punya turrrrrr!!!!
0 comments:
Post a Comment