Coretan 3 - Trip to Johor
>> Sunday, May 31, 2009
Maid Indonesia vs Pembantu Rumah Tempatan
Kemarin, hari Sabtu, aku sekeluarga dan di temani mak yang menziarah kami dari Shah Alam bertolak ke Ayer Hitam, Johor. Mission utama kami ialah untuk menjemput pembantu rmah kami yang baru. Masuk kali ni yang ke-9...dalam masa 10 tahun!!! Purata 1 orang setahun.
Selama ni kami guna maid Indonesia. Guna agen. Macam-macam hal. Yang paling lama dengan kami 4 tahun. Yang tu memang OK walaupun seperti biasa, ada beberapa perkara yang kami tak senang tapi kami buat tak tau. Mana nak cari yang 100% perfect dalam dunia ni.
Yang lain-lain tu pulak, ada yang balik lepas habis contract 2 tahun. Kira ok lah. Ada jugak yang "kabur" ikut mat indon. Macam-macam ada.
Pendek kata, bukan senang nak guna maid ni. Macam-macam pe'el. Sekarang ni, nak ambil maid, hangpa kena sediakan at least RM6k. Gila apa!!! Mana nak korek duit banyak macam tu tiap 2 tahun. Yang kenyang, orang tengah agen.... baik punya bisnes. Tu belum kira agen yang ada komplot dengan maid yang dia supply kat kita. Itu citer lain kali aku post.
Pembantu kali ni orang Johor. Pak Tam aku tolong carikan dengan bantuan kawan baik dia kat sana Md. Nor. Semalam aku jumpa brader Md. Nor. Memang sempoi brader ni. Banyak info pasal bisnes asas tani dari dia. Ini pun nanti aku posting lain...
Pembantu kali ni orang susah jugak la tapi buka la susah sangat. Susah cara orang kampung. Dari cara dia, insyaAllah ok. Kami pi rumah keluarga dia. Bawak buah tangan daging salai beli kat Pasar Tani kat rumah sebelum bertolak pagi tu. Keluarga dia pun, nampak ok. Sebelum kami bertlak dari rumah dia tu, emak dia bagi cili api hasil belakang rumah dengan nenas. Alhamdulillah. Kami pun huloq la sikit kat emak dia tu buat belanja dapur.
Dari situ, kami ke jenguk kambing. Aku kongsi bisnes kambing ni dengan kakak aku dan adik. 3 orang. Pak menakan aku tolong seliakan. Dapat lah jugak dia jadikan slah satu dari sumber pendapatan keluarga dia. Dia pun buka orang senang. Livestock ada lah dalam 70 ekor. Gambar-gambar kambing tu aku buat slideshow kat side bar kanan blog ni.
Ni gambaq anak kambing yang kebetulan baru je lahir waktu kami sampai kemarin. Uri kat dalam kandang lagi.
Selepas tu aku pi jenguk dusun yang aku beli kongsi dengan kakak aku. Tak jauh dari tempat kami bela kambing. Tahun ni durian lebat. Alhamdulillah. InsyaAllah, bulan 7 nanti boleh la merasa. Buah tahun lepas, sebiji pun aku tak dapat peluang merasa. Terlalu sibuk dengan kerja. Nak curi-curi masa balik pun tak boleh. Tahun ni harap-harap ok la.
Kat bawah ni few shots gambaq dusun.Bertolak balik dari Ayer Hitam pukul 5 petang. Sebelum masuk highway, sempat beli kerepek sikit buat stok kat rumah. Maklum je la....cuti sekolah ni. Stok makanan kena standby kat rumah.
Few shots....
Isteri dan mak aku. Snap kat Marry Brown Ayer HItam. Singgah beli ayam goreng untuk anak-anak Pak Tam.
Putera and pu3s (puteris)...bukan putera puteri umNo haaaa....tolong sikit!!!
Jamak Zuhur dan Asar di Surau R&R Ayer Keroh...Sampai Senawang dekat pukul 8 malam. Semua penat. Tapi aku dengan wife sempat layan drama Jepun 2 episod sebelum tidoq. Serius penat....
0 comments:
Post a Comment